Click Here For Free Blog Backgrounds!!!
Blogaholic Designs

I'M OFFICIALLY SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Noor Azzura Binti Yazid
Shaklee Id no : 883969
(Klang Lama-Puchong &Rawang)
contact me for more info & order ye..
hp: 017-2909107
email: are_zura1510@yahoo.com

September 20, 2012

Rasa bahagia kehamilan anda 'ditemani' si kecil


1. Ketahui Fakta

Susu ibu bukanlah sumber tenaga utama bayi selepas usianya 6 bulan. Jika ibu mendapati dirinya mengandung selepas usia anak melebihi 6 bulan, ibu tidak perlu gusar tentang nutrisi untuk anak kecilnya. Ianya masa yang sesuai untuk anak belajar untuk menerima nutrien daripada makanan yang berkhasiat.
Penyusuan susu ibu masih diteruskan demi memenuhi keperluan emosi kedua dua pihak dan ianya masih menyumbang kepada nutrisi hariannya.
Selain itu, penyusuan susu ibu tidak mempunyai kaitan dengan keguguran juga perlu diketahui oleh ibu. Dapatkan lebih informasi mengenainya daripada konsultan atau kaunselor laktasi anda.

2. Puting sakit

Majoriti ibu akan merasa tidak selesa di bahagian puting setiap kali anak menyusu.  Ini kerana semasa mengandung puting akan menjadi lebih 'fragile' dan membesar untuk persediaan penyusuan anak dalam kandungan. Ibu boleh mengalihkan perhatian dari rasa sakit dengan cara melakukan aktiviti lain seperti membaca majalah sambil menyusukan anak atau menonton tv.

3. Posisi badan

Berikutan pertambahan saiz pada bahagian perut dan keadaan fizikal yang kurang mengizinkan, ibu perlu menyesuaikan posisi penyusuan mengikut keselesaan. Posisi mengiring dan meletakkan sebiji bantal pada bahagian belakang badan mungkin membantu.

4. Nikmati Momen Penyusuan

Tangan kecil yang meraba perut anda semasa menyusu adalah antara momen indah sepanjang membesarkan sikecil. Berkomunikasi dengannya (walaupun ketika sedang menyusukan!) bahawa mama sedang mengandungkan adiknya didalam perut supaya dia boleh mempunyai kawan bermain. Dia memahami setiap apa yang ibunya rasa bermula sejak dia berada didalam perut lagi!

5. Tanamkan Azam Untuk Tandem Nursing

Tandem Nursing ialah menyusukan anak ketika sedang hamil seterusnya menyusukan kedua duanya (atau mungkin lebih) selepas bayi lahir. Kelebihan tandem nursing ialah antaranya hubungan antara kedua dua anak yang lebih erat apabila mereka pernah berkongsi sesuatu yang ‘penting’ apatah lagi susu ibu! Selain itu, tandem nursing juga membantu emosi ibu selepas melahirkan dan emosi anak yang lebih besar sebaik sahaja menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam rumahnya. Dia tidak ketinggalan dalam apa apa jua aktiviti ibu dan bayi baru.
Tandem nursing selepas melahirkan turut membantu ibu mengurangkan risiko bengkak susu dimana anak yang lebih besar mempunyai lebih kemahiran untuk ‘membantu’ ibu mengosongkan payudara.


6. Tips Pengekalan Susu Semasa Hamil

Tidak dinafikan terdapat perubahan pada kuantiti susu ibu semasa ibu mengandung. Bahagian dalam payudara ibu hamil mempunyai kurang keupayaan untuk menyimpan susu yang menyebabkan kuantitinya tidak lagi sebanyak sebelum itu.
Percaya pada rezeki, penyusuan susu ibu adalah lebih kepada kualiti berbanding kuantiti (pada usia anak melebihi 6 bulan).
Teruskan penyusuan susu ibu semasa anda bersama anak dan antara tips yang boleh digunakan iala
‘Sediakan Air Kosong Untuk Anak’
Komposisi susu ibu yang hamil yang mengandungi lebih sodium akan menyebabkan perubahan rasa iaitu sedikit masin yang menyebabkan anak berasa dahaga walaupun selepas menyusu.

**untuk tips dan produk kekal bertenaga ketika hamil dan menyusukan anak serta tips susu kekal banyak... p.m saya di https://www.facebook.com/Isihat

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Pertanyaan :: Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut di talian 017-2909107 atau like ISihat di FB atau di blog http://isihat-shaklee.blogspot.com/.  Konsultasi percuma selepas pembelian hanya untuk customer ISihat.  



Penafian :: Kenyataan/Testimoni tentang produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan hendaklah mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

klik like and share jika anda sukakan artikel ini :)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


0 comments: