Click Here For Free Blog Backgrounds!!!
Blogaholic Designs

I'M OFFICIALLY SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Noor Azzura Binti Yazid
Shaklee Id no : 883969
(Klang Lama-Puchong &Rawang)
contact me for more info & order ye..
hp: 017-2909107
email: are_zura1510@yahoo.com

August 12, 2012

ruam tiada gatal-gatal pun hilang

Assalammualaikum dan hi semua...
hari ni saya nak cerita dan kongsi pasal kebestsannyer SHAKLEE HERBAL BLEND MULTI-PURPOSE CREAM.
produk ini adalah salah satu produk yang mesti ada dalam handbag saya dan wajib ada di rumah..dengan bentuk yang mudah dan senang di bawa kemana-mana saja.. krim ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Ianya Dingin, bermentol dan tidak berminyak. Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.

Kegunaan lain  ::

  1. Elok untuk kulit yang megalami gatal-gatal seperti kurap dan kulat air
  2. Menghilangkan kesan atau parut demam campak.
  3. Jika demam panas elok disapukan ke seluruh badan.  InsyaAllah setengah jam kemudiah badan akan mula berpeluh.
  4. Pembuangan angin atau berfungsi sebagai pemecah lemak terutama di bahagian perut dan peha.
Saya amat syorkan pada bakal ibu-ibu atau ibu-ibu diluar sana untuk mencuba dan merasai kesannya sendiri.  Produk ini tahan lama kerana digunakan sedikit sahaja ke tempat yang bermasalah.




:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Pertanyaan :: Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut di talian 017-2909107 atau like ISihat di FB atau di blog http://isihat-shaklee.blogspot.com/.  Konsultasi percuma selepas pembelian hanya untuk customer ISihat.  


Penafian :: Kenyataan/Testimoni tentang produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan hendaklah mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

klik like and share jika anda sukakan artikel ini :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

August 11, 2012

kulit cantik berseri di pagi raya

as'salam dan hai semua...sedar tak sedar seminggu je lagi kita nak mengakhiri ramadhan al-mubarak...mesti ramai yang dah mula buat persiapan untuk hari raya... dah ramai yang pergi buat facial, spa dan sewaktu dengannya bagi memastikan raya dengan wajah berseri-seri dengan badan yang segar di pagi raya.. maklumlah raya setahun sekali... cara nak dapatkan wajah yang berseri bebas dari parut.  cubalah SET SKIN CARE dari shaklee.  Bagi yang masih baru dengan produk shaklee, biar saya terangkan apa vitamin yang ada dalam Set Skin Care.

Set skin care ni ada tiga jenis vitamin iaitu VITAMIN E, C & B COMPLEX..antara kebaikan set skin care nih ada banyak sangat..dengan consume set nih, kita akan dapat kesihatan & juga kecantikan ye.. untuk pengetahuan anda semua, set skincare nih menjadi kegemaran ramai tau..

Kebaikan set skincare:

Vitamin E (tidak sesuai diambil oleh ibu mengandung)

1. vitamin yang penting untuk kecantikan kulit
2. bertindak sebagai anti penuaan & anti oksida
3. melindungi & mencegah kerosakan sel
4. mempercepatkan pemulihan kulit
5. mengawal kandungan minyak dalam kulit 
6. mengurangkan kesan jeragat pada kulit
7. awet muda dan bonus bagi isteri,vitamin E mengatasi masalah kedinginan bersama suami

Vitamin C 

1. sangat penting untuk membentuk kolagen pada kulit
2. mempercepatkan proses pemulihan kulit
3. melindungi sel-sel dari kerosakan
4. bertindak sebagai anti oksida

Vitamin B Complex 

1. memelihara kulit dari dalam
2. mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan
3. membantu dalam kestabilan saraf
4. meningkatkan proses pemikiran
5. menukarkan makanan kepada tenaga
6. menolong memebolismekan karbohidrat, lemak & protien


Bagi yang mempunyai budget lebih dan mempunyai masalah seperti dibawah bolehlah tambah produk dibawah :

Alfalfa :

untuk masalah jerawat yang teruk alfalfa bertindak sebagai detoks untuk membuang toksin punca jerawat.


ESP :

Mebantu memudarkan parut jerawat.
membantu mempercepatkan proses mengganti sel kulit mati dengan sel kulit yang baru bagi yang bermasalah dengan kulit kusam.




GLA  :

Membantu mengurangkan jeragat (walau bagaimanapun Gla tidak sesuai diamalkan oleh ibu mengandung).

Jom kita tengok testimoni pengguna yang berpuas hati dengan set skin care dari shaklee...







:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Pertanyaan :: Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut di talian 017-2909107 atau like ISihat di FB atau di blog http://isihat-shaklee.blogspot.com/.  Konsultasi percuma selepas pembelian hanya untuk customer ISihat.  

Penafian :: Kenyataan/Testimoni tentang produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan hendaklah mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

klik like and share jika anda sukakan artikel ini :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

August 09, 2012

susu meriah dengan ESP

Assalammualaikum semua... hari ni saya nak kongsi kelebihan Energy Soy Protein (ESP) produk paling hot dan laris sekali dan salah satu milk-booster produk terbaik dan diminati bukan sahaja ibu-ibu hamil dan menyusu bahkan orang lelaki pun suka minum ESP.. sebab dia berasaskan soya.

Eh bukan soya berbahaya ke pada baby? itu antara pertanyaan ibu-ibu yang risau untuk ambil ESP sebagai supplemen tambahan..

ini jawapannya :: Shaklee ESP adalah dari sumber protein terbaik, tidak seperti kacang soya yang berada dipasaran, kacang soya di dalam ESP ialah NON-GMO (tidak diubah suai secara genetik)Sama sekali tidak berbahay kepada baby kecuali baby yang alahan pada soya..

KELEBIHAN ESP

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Testimoni Pengguna ESP

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Pertanyaan :: Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut di talian 017-2909107 atau like ISihat di FB atau di blog http://isihat-shaklee.blogspot.com/.  Konsultasi percuma selepas pembelian hanya untuk customer ISihat.  


Penafian :: Kenyataan/Testimoni tentang produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan hendaklah mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

klik like and share jika anda sukakan artikel ini :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


August 08, 2012

Masalah kitaran haid tidak teratur atasi segera

Kitaran haid tidak teratur adalah antara masalah yang tidak boleh dipandang remeh terutamanya bagi pasangan yang ingin menimang cahaya mata. Masalah kesuburan biasanya dikaitkan dengan haid yang tidak teratur. Namun ini bukan punca utama kemandulan. Kitaran haid yang tidak menentu adalah antara tanda masalah kesuburan.  Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku.

1. Gangguan Hormon
Ovari menghasilkan terlalu banyak telur namun sayangnya telur berkenaan tidak sampai tahap matang bagi membolehkannya melalui proses persenyawaan. Di dalam diri setiap wanita terdapat dua jenis hormon yang dikenali sebagai luteunizing hormone (LH) dan follicular stimulating hormone (FSH). Kedua-dua hormon ini dihasilkan oleh kelenjar pituitari bagi menghasilkan telur. Dalam hal ini, FSH merangsang ovari untuk menghasilkan telur manakala LH pula ditugaskan untuk mematangkan telur. Apabila ketidakseimbangan hormon berlaku, ratio FSH dan LH tidak betul. Hal ini menyebabkan tahap LH tidak cukup untuk menampung bilangan telur yang banyak.

2. Genetik
Masalah ini turut dikaitkan dengan ketidakseimbangan gula di dalam badan. Ini bererti wanita berkenaan menghadapi masalah penghadaman gula. Biasanya golongan ini berisiko untuk menghidap kencing manis. Oleh yang demikian, sejarah ahli keluarga dapat dijadikan rujukan untuk mengenal pasti masalah haid yang tidak normal. Setelah itu, ia disahkan melalui ujian darah, imbasan ultrasound, laparoskopi dan sebagainya.

3. Mengandung Tanpa Sedar
Ada juga kes wanita yang mengandung tetapi tidak menyedarinya. Mereka sebenarnya mengandung tetapi pada masa yang sama keluar darah, yang disangka haid. Namun, hakikatnya darah yang keluar itu bukan haid tetapi lendir yang berwarna coklat seolah-olah darah haid.

4. Hormon Prolaktin Tinggi
Peningkatan paras hormon prolaktin yang terlalu tinggi menyebabkan haid tidak datang atau datang sekali-sekala. Wanita yang mengalami keadaan sedemikian sering kurang subur. Walaupun seseorang wanita itu belum mempunyai anak atau tidak menyusukan anaknya, masalah ini tetap boleh berlaku. Biarpun belum ada anak ataupun tidak lagi menyusukan anak, kelenjar pituari tetap merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu. Keadaan inilah yang mengganggu kitaran haid.

5. Ubat-ubatan
Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu kitaran haid. Pengambilan ubat berkenaan boleh menyebabkan penghasilan hormon prolaktin yang tinggi. Ubat yang dimaksudkan ialah daripada jenis antipsychotic (biasanya digunakan bagi merawat pesakit skizofrenia) atau ubat yang diambil untuk tempoh jangka masa panjang.

6. Daging Berlebihan
Masalah ini dikenali sebagai polyp. Ia adalah daging berlebihan yang keluar daripada lapisan mukus. Ia boleh tumbuh dari dalam faraj, rahim, pangkal rahim atau mana-mana bahagian pun sehingga menyebabkan pendarahan apabila berlaku geselan antara daging dengan bahagian berkenaan. Atas sebab inilah pendarahan tidak menentu berlaku.

7. Masalah Pangkal Rahim
Pangkal rahim yang kecil atau tertutup (stenosis) boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Darah haid yang sepatutnya keluar tidak boleh berlaku disebabkan masalah pangkal rahim wanita berkenaan terlalu ketat ataupun tersumbat. Walaupun begitu, ia amat jarang sekali berlaku.

8. Perdarahan Selepas Persetubuhan
Ini adalah satu tanda bahaya kerana ia mungkin menandakan penyakit kanser pangkal rahim khususnya jika berlaku kepada wanita dalam lingkungan umur 30-an yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Pendarahan selepas persetubuhan juga mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang bukan kanser seperti luka pada pangkal rahim (cervical erosion), ketumbuhan bukan kanser ataupun jangkitan kuman.

9. Kanser
Kanser di bahagian rahim atau pangkal rahim turut sama menjadi antara penyebab haid tidak menentu.

Cara Untuk Atasi

Terdapat pelbagai jenis rawatan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Ini termasuklah :

1. Pemeriksaan ultrasound bagi melihat keadaan rahim dan ovari.

2. Pemeriksaan pap smear.

3. Pemeriksaan darah untuk melihat tahap hormon.

4. Diagnostic dilatation and curettage (DDNC) bagi melihat bukti kanser di dalam rahim.

*Credit to PaMa Magazines 

Suplemen atau makanan tambahan BUKAN FAKTOR UTAMA kita confirm mengandung tetapi ia lebih kepada membantu sel tubuh badan lebih sihat dan sistem dalam badan berjalan lancar dan lebih bersedia untuk mengandung. cadangan suplemen shaklee untuk kesuburan seperti di bawah:

1. Family Wellness Set

Vita Lea iron Formula :

  • membekalkan keperluan asas kesemua 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan tubuh.
  • mengandungi Asid Folik - meningkatkan kesuburan wanita, memperbaiki kualiti dan kualiti sperma dan mengurangkan risiko masalah kecacatan tulang belakang bayi yang bakal lahir.

Sustainable Release Vita-C :

  • bersifat antioksidan, yang melindungi kerosakan sperma akibat radikal bebas dan bahan kimia seperti asap rokok dan semburan racun serangga yang boleh mengancam sel.

B Complex :

  • mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk menukar makanan ke bentuk tenaga
  • B 6 - membantu memanjangkan waktu subur
  • B 12 - membantu meningkatkan kuantiti sperma

Energising Soy Protein :

  • mengandungi isofalavin yang dikatakan alternatif kepada Clomid (ubat subur) kerana sifatnya sebagai reseptor estrogen semulajadi
  • mengandungi kesemua 9 asid amino yang diperlukan tubuh
  • Arginine membantu proses penebalan dinding uterus untuk pelekatan ovum yang telah disenyawakan
  •  

2. GLA Complex (Gamma Linolenic Acid )

  • membantu dalam keseimbangan hormon progesteron pada wanita.
  • membantu peningkatan mukus pada serviks ketika ovulasi yang sangat 'disukai' oleh sperma

3. Vita - E Complex with Selenium

  • membantu penghasilan hormon estrogen pada lelaki dan progesteron pada wanita yang memberi kesan terhadap keinginan seks dan tarikan seksual
  • membantu proses persenyawaan
  • Selenium membantu dalam pergerakan sperma dan antioksida yang melindungisel dari rosak

4. Zinc Complex

  • membantu proses penghasilan hormon testosterone pada lelaki 
  • membantu tindakan hormon progesteron dan estrogen yang lebih baik pada wanita
Jom bakal-bakal ibu /bapa di luar sana, kita berusaha lebih lagi untuk tingkatkan peluang menimang cahaya mata dengan membekalkan badan dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita.  InsyaAllah berkat usaha dan doa kita Allah akan permudahkan kita untuk melakukan kebaikan.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Pertanyaan :: Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut di talian 017-2909107 atau like ISihat di FB atau di blog http://isihat-shaklee.blogspot.com/.  Konsultasi percuma selepas pembelian hanya untuk customer ISihat.  


Penafian :: Kenyataan/Testimoni tentang produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan hendaklah mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

klik like and share jika anda sukakan artikel ini :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::






August 07, 2012

Nutrisi penting untuk ibu menyusukan

Secara logiknya, anda berkongsi makanan anda dengan bayi anda ketika anda menyusukan kerana segala sesuatu yang anda makan bertukar menjadi susu untuk bayi anda. Itulah sebabnya mengambil makanan berkhasiat dan bervariasi bukan sahaja penting ketika anda hamil,tetapi juga ketika anda sedang menyusui. 

Tetapi perkara ini lebih mudah diucapkan daripada dilakukan. Banyak kekangan ibu-ibu perlu hadapi sebagai contoh ibu-ibu yang bekerjaya pengambilan makanannya pasti tiada diet yang seimbang ini kerana makan diluar pada waktu bekerja dan hanya berpeluang memasak masakan dengan diet seimbang pada waktu malam dan hujung minggu. Tapi diet yang diambil pasti tidak mencukupi.




Tips yang saya post kali ini untuk memastikan anda mendapat nutrisi yang cukup untuk anda dan bayi: 
klik like and share jika anda sukakan artikel ini :)



1.Fokus kepada pengambilan buah-buahan,sayur -sayuran dan sumber protien,zat besi dan kalsium yang mencukupi.


2. Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, sandwic dan kekacang.



3. Menyusui membuatkan anda haus Cecair yang banyak diperlukan untuk menghasilkan susu, jadi anda perlu minum air yang banyak. Gunakan tahap kehausan anda sebagai panduan. minum 8 hingga 12 cawan air setiap hari dan cuba untuk minum air setiap kali anda hendak menyusui. 



4.Berhati-hati dengan apa yang anda makan/minum, hindarkan dari mengambil makanan atau minuman berkafein atau alkohol kerana ia akan meresap ke dalam susu badan. 


5.Sekiranya anda mempunyai kekangan masa untuk mengambil makanan yang bernutrisi yang disyorkan, anda perlu mengambil suplemen bagi membantu sistem dalam badan anda membekalkan nutrisi kepada anak yang disusukan .




Bagi ibu-ibu yang tercari-cari suplemen untuk membantu penghasilan susu ibu sentiasa ada, PRODUK SHAKLEE adalah pilihan bijak ini kerana produk shaklee mempunyai banyak kelebihan didalamnya dengan harga yang berpatutan. 


Dibawah saya cadangkan set penyusuan asas (Set B) dari shaklee ::


B complex : Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.


Vitamin C : Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.


Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : Sangat perlu demi memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.


Alfalfa : Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu.


*untuk kesan lebih optimum anda boleh memilih untuk menambah ESP dan ostemetrix



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Pertanyaan :: Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut di talian 017-2909107 atau like ISihat di FB atau di blog http://isihat-shaklee.blogspot.com/.  Konsultasi percuma selepas pembelian hanya untuk customer ISihat.  

Penafian :: Kenyataan/Testimoni tentang produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan hendaklah mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

klik like and share jika anda sukakan artikel ini :)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

SET B + ESP supplemen yang disukai oleh para ibu

Hari ini saya nak kongsi pengalaman ibu-ibu bekerja yang sangat menyukai SET B + ESP yang memberi kesan yang hebat selain SET 3M.


SET B mengandungi ::
  • Vitamin B
  • Vitamin C
  • Alfalfa
  • Multivitamin dengan zat besi
supplemen diatas memang diperlukan oleh sistem dalam badan ibu-ibu yang menyusukan.  Bila keperluan nutrisi dalam badan cukup dan ibu merasa bertenaga. InsyaAllah susu yang dihasilkan juga lebih berkualiti,pekat dan banyak.

ESP pula merupakan protein soya yang diperlukan oleh ibu.  Ini kerana komponen utama dalam susu itu sendiri adalah protein dan air.  ESP sangat-sangat membantu penyusuan dan sebagai MILK BOOSTER, diikuti dengan pengambilan air yang secukupnya sekurang-kurangnya 8liter sehari dan kekerapan mengepam ia menjadikan susu ibu lebih banyak.



TESTIMONI PENGGUNA YANG TELAH MENGAMBIL SET B SEBAGAI SUPPLEMEN







:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Pertanyaan :: Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut di talian 017-2909107 atau like ISihat di FB atau di blog http://isihat-shaklee.blogspot.com/.  Konsultasi percuma selepas pembelian hanya untuk customer ISihat.  

Penafian :: Kenyataan/Testimoni tentang produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan hendaklah mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

klik like and share jika anda sukakan artikel ini :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

 




August 06, 2012

Susu Ibu sebatian terbaik buat bayi


Mesti ada ibu,mama,mummy,ummi & mak yang mula rungsing bila mereka terpaksa memulakan kerja setelah cuti pantang tamat..mana taknya bila dah start bekerja mesti sedikit sebanyak susu akan merundum.  Tak percaya lihat list dibawah. 

Punca-punca susu merundum:

  • Stress :: penyakit pertama menyerang mana-mana orang yang  bekerjaya.
  • Kekangan masa untuk pam :: dah start bekerja mestilah sesi pam pun kurang dari 6 kali sehari.. especially ibu-ibu yang tuntutan kerjanya memerlukan dia bekerja di luar pejabat..
  • Direct Feeding :: directfeeding lagi membantu merangsang pengeluaran susu.  oleh kerana ibu bekerja. direct feeding hanya di waktu malam. so pengeluaran susu ibu sedikit sebanyak boleh merundum. 
  • Tidak cukup rehat dan terlalu penat yang melampau 
  • Masalah hormon dan kesihatan 
  • Penggunaan pil perancang, pil perancang memusnahkan vitamin B dalam badan sedangkan ibu-ibu memerlukan vitamin B untuk produce susu. 
  • Pengambilan pil antibiotik 
  • Teknik pam yang salah / pam tak cekap 
  • Pemakanan yang tidak seimbang..contoh suka makan fast food, mkn byk MSG..

semua list kat atas tu tak semua boleh kita elakkan :)

so di bawah ni saya ada sertakan tip-tip berguna untuk ibu-ibu diluar sana..

  1. Susukan bayi secara kerap dan perah dengan konsisten :: Susu ibu terhasil berdasarkan konsep SUPPLY BY DEMAND. semakin banyak demand semakin banyak susu ibu yang terhasil. Jadi, semakin banyak kali bayi disusukan, otak mendapat signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan. Maka, insyaAllah susu pun bertambah banyak. CIK B perlu di kosongkan sentiasa setiap kali sesi penyusuan/perahan.bagi ibu yang bekerja elakkan menunggu sehingga bengkak susu.  memang hasilnya banyak tetapi ia akan berkurangan sedikit demi sedikit. ibu yang bekerja perlu pam sekurang-kurangnya 3jam sekali. sesi perahan hendaklah secara konsisten untuk setiap hari supaya otak dapat menerima dan menghantar signal yang betul.
  2. Minum air yang mencukupi :: Air yang dimaksudkan adalah air kosong/masak semata-mata tidak termasuk air2 berwarna/bergula. Minimum 8 gelas (bagi seseorang seberat 25kg) lebih untuk yang lebih berat dari itu ;)
  3. Pemakanan seimbang :: pemakanan seimbang perlulah di ambil supaya nutrisi yang diambil dapat dikongsi bersama anak yang menyusu susu ibu.  jangan skip makan ini kerana mengikut pengalaman saya secara peribadi bila kita kenyang susu yang dihasilkan lebih banyak berbanding dalam keadaan lapar.  makan pada jumlah yang sedikit dan kerap juga disamping dapat membantu penghasilan susu yang baik ia juga dapat menurunkan berat badan.
  4. Pemakanan yang menggalakkan pengeluaran:: Keberkesanan adalah bergantung kepada individu. Halba, Oats, alfalfa , air soya, sawi, lobak putih, longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang, betik muda dan sebagainya.
  5. Mengambil hormon/suppliment untuk menambah susu :: Terdapat banyak suppliment yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu. bagaimanapun perlu di ingat supplement adalah salah satu usaha untuk menambahkan susu bukannya faktor utama susu banyak.  Hasil pengambilan supplement juga adalah berbeza antara seseorang ibu dengan ibu yang lain walaupun mereka mengambil supplement yang sama.  Ia juga berbeza hasil antara satu masa dengan masa yang lain oleh ibu yang mengambil supplement itu sendiri.  Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.
  6. Doa dan tawakal ::Banyakkan berdoa, berzikir dan mengingati Allah.

::Produk Penyusuan Shaklee ::

 1. Set B (pilihan ramai)

  • Mengandungi Vitalea (Multivitamin) lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan.
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu dan juga menjaga kesihatan ibu.
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan.
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu.
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.

2. Set Eu Four Pack

  • Mengandungi Vitalea (Multivitamin) lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, dan Ostematrix (Kalsium Magnesium).
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS).
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.

3. Set E

  • Mengandungi Vitalea (Multivitamin) lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Ostematrix (Kalsium Magnesium) dan Alfalfa.
  • Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.

4. Set 3M (highly recommend)

  • Mengandungi Vitalea (Multivitamin) lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Ostematrix (Kalsium Magnesium), Alfalfa dan Energizing Soy Protein (ESP).
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2-3 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhenti menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.

::Testimoni Pengguna Shaklee::


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Pertanyaan :: Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut di talian 017-2909107 atau like ISihat di FB atau di blog http://isihat-shaklee.blogspot.com/.  Konsultasi percuma selepas pembelian hanya untuk customer ISihat.  


Penafian :: Kenyataan/Testimoni tentang produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan hendaklah mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

klik like and share jika anda sukakan artikel ini :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::