Click Here For Free Blog Backgrounds!!!
Blogaholic Designs

I'M OFFICIALLY SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Noor Azzura Binti Yazid
Shaklee Id no : 883969
(Klang Lama-Puchong &Rawang)
contact me for more info & order ye..
hp: 017-2909107
email: are_zura1510@yahoo.com

August 08, 2012

Masalah kitaran haid tidak teratur atasi segera

Kitaran haid tidak teratur adalah antara masalah yang tidak boleh dipandang remeh terutamanya bagi pasangan yang ingin menimang cahaya mata. Masalah kesuburan biasanya dikaitkan dengan haid yang tidak teratur. Namun ini bukan punca utama kemandulan. Kitaran haid yang tidak menentu adalah antara tanda masalah kesuburan.  Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku.

1. Gangguan Hormon
Ovari menghasilkan terlalu banyak telur namun sayangnya telur berkenaan tidak sampai tahap matang bagi membolehkannya melalui proses persenyawaan. Di dalam diri setiap wanita terdapat dua jenis hormon yang dikenali sebagai luteunizing hormone (LH) dan follicular stimulating hormone (FSH). Kedua-dua hormon ini dihasilkan oleh kelenjar pituitari bagi menghasilkan telur. Dalam hal ini, FSH merangsang ovari untuk menghasilkan telur manakala LH pula ditugaskan untuk mematangkan telur. Apabila ketidakseimbangan hormon berlaku, ratio FSH dan LH tidak betul. Hal ini menyebabkan tahap LH tidak cukup untuk menampung bilangan telur yang banyak.

2. Genetik
Masalah ini turut dikaitkan dengan ketidakseimbangan gula di dalam badan. Ini bererti wanita berkenaan menghadapi masalah penghadaman gula. Biasanya golongan ini berisiko untuk menghidap kencing manis. Oleh yang demikian, sejarah ahli keluarga dapat dijadikan rujukan untuk mengenal pasti masalah haid yang tidak normal. Setelah itu, ia disahkan melalui ujian darah, imbasan ultrasound, laparoskopi dan sebagainya.

3. Mengandung Tanpa Sedar
Ada juga kes wanita yang mengandung tetapi tidak menyedarinya. Mereka sebenarnya mengandung tetapi pada masa yang sama keluar darah, yang disangka haid. Namun, hakikatnya darah yang keluar itu bukan haid tetapi lendir yang berwarna coklat seolah-olah darah haid.

4. Hormon Prolaktin Tinggi
Peningkatan paras hormon prolaktin yang terlalu tinggi menyebabkan haid tidak datang atau datang sekali-sekala. Wanita yang mengalami keadaan sedemikian sering kurang subur. Walaupun seseorang wanita itu belum mempunyai anak atau tidak menyusukan anaknya, masalah ini tetap boleh berlaku. Biarpun belum ada anak ataupun tidak lagi menyusukan anak, kelenjar pituari tetap merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu. Keadaan inilah yang mengganggu kitaran haid.

5. Ubat-ubatan
Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu kitaran haid. Pengambilan ubat berkenaan boleh menyebabkan penghasilan hormon prolaktin yang tinggi. Ubat yang dimaksudkan ialah daripada jenis antipsychotic (biasanya digunakan bagi merawat pesakit skizofrenia) atau ubat yang diambil untuk tempoh jangka masa panjang.

6. Daging Berlebihan
Masalah ini dikenali sebagai polyp. Ia adalah daging berlebihan yang keluar daripada lapisan mukus. Ia boleh tumbuh dari dalam faraj, rahim, pangkal rahim atau mana-mana bahagian pun sehingga menyebabkan pendarahan apabila berlaku geselan antara daging dengan bahagian berkenaan. Atas sebab inilah pendarahan tidak menentu berlaku.

7. Masalah Pangkal Rahim
Pangkal rahim yang kecil atau tertutup (stenosis) boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Darah haid yang sepatutnya keluar tidak boleh berlaku disebabkan masalah pangkal rahim wanita berkenaan terlalu ketat ataupun tersumbat. Walaupun begitu, ia amat jarang sekali berlaku.

8. Perdarahan Selepas Persetubuhan
Ini adalah satu tanda bahaya kerana ia mungkin menandakan penyakit kanser pangkal rahim khususnya jika berlaku kepada wanita dalam lingkungan umur 30-an yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Pendarahan selepas persetubuhan juga mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang bukan kanser seperti luka pada pangkal rahim (cervical erosion), ketumbuhan bukan kanser ataupun jangkitan kuman.

9. Kanser
Kanser di bahagian rahim atau pangkal rahim turut sama menjadi antara penyebab haid tidak menentu.

Cara Untuk Atasi

Terdapat pelbagai jenis rawatan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Ini termasuklah :

1. Pemeriksaan ultrasound bagi melihat keadaan rahim dan ovari.

2. Pemeriksaan pap smear.

3. Pemeriksaan darah untuk melihat tahap hormon.

4. Diagnostic dilatation and curettage (DDNC) bagi melihat bukti kanser di dalam rahim.

*Credit to PaMa Magazines 

Suplemen atau makanan tambahan BUKAN FAKTOR UTAMA kita confirm mengandung tetapi ia lebih kepada membantu sel tubuh badan lebih sihat dan sistem dalam badan berjalan lancar dan lebih bersedia untuk mengandung. cadangan suplemen shaklee untuk kesuburan seperti di bawah:

1. Family Wellness Set

Vita Lea iron Formula :

  • membekalkan keperluan asas kesemua 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan tubuh.
  • mengandungi Asid Folik - meningkatkan kesuburan wanita, memperbaiki kualiti dan kualiti sperma dan mengurangkan risiko masalah kecacatan tulang belakang bayi yang bakal lahir.

Sustainable Release Vita-C :

  • bersifat antioksidan, yang melindungi kerosakan sperma akibat radikal bebas dan bahan kimia seperti asap rokok dan semburan racun serangga yang boleh mengancam sel.

B Complex :

  • mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk menukar makanan ke bentuk tenaga
  • B 6 - membantu memanjangkan waktu subur
  • B 12 - membantu meningkatkan kuantiti sperma

Energising Soy Protein :

  • mengandungi isofalavin yang dikatakan alternatif kepada Clomid (ubat subur) kerana sifatnya sebagai reseptor estrogen semulajadi
  • mengandungi kesemua 9 asid amino yang diperlukan tubuh
  • Arginine membantu proses penebalan dinding uterus untuk pelekatan ovum yang telah disenyawakan
  •  

2. GLA Complex (Gamma Linolenic Acid )

  • membantu dalam keseimbangan hormon progesteron pada wanita.
  • membantu peningkatan mukus pada serviks ketika ovulasi yang sangat 'disukai' oleh sperma

3. Vita - E Complex with Selenium

  • membantu penghasilan hormon estrogen pada lelaki dan progesteron pada wanita yang memberi kesan terhadap keinginan seks dan tarikan seksual
  • membantu proses persenyawaan
  • Selenium membantu dalam pergerakan sperma dan antioksida yang melindungisel dari rosak

4. Zinc Complex

  • membantu proses penghasilan hormon testosterone pada lelaki 
  • membantu tindakan hormon progesteron dan estrogen yang lebih baik pada wanita
Jom bakal-bakal ibu /bapa di luar sana, kita berusaha lebih lagi untuk tingkatkan peluang menimang cahaya mata dengan membekalkan badan dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita.  InsyaAllah berkat usaha dan doa kita Allah akan permudahkan kita untuk melakukan kebaikan.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Pertanyaan :: Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut di talian 017-2909107 atau like ISihat di FB atau di blog http://isihat-shaklee.blogspot.com/.  Konsultasi percuma selepas pembelian hanya untuk customer ISihat.  


Penafian :: Kenyataan/Testimoni tentang produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan hendaklah mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

klik like and share jika anda sukakan artikel ini :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::






0 comments: