Click Here For Free Blog Backgrounds!!!
Blogaholic Designs

I'M OFFICIALLY SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Noor Azzura Binti Yazid
Shaklee Id no : 883969
(Klang Lama-Puchong &Rawang)
contact me for more info & order ye..
hp: 017-2909107
email: are_zura1510@yahoo.com

October 18, 2012

Fahamilah apa yang si comel anda cuba sampaikan melalui tangisan


Assalammualaikum...


hari ni zura nak share tangisan-tangisan bayi.. macam zura yang baru anak sorang dan bakal melahirkan sorang lagi coming soon pasti banyak benda nak kena belajar lagi, sebab setiap anak ada kerenah masing-masing yang tersendiri.  Biasanya, setiap kali bila baby kita menangis, zura sure kebanyakkan ibu pasti akan terus menyusukannya. Sebenarnya, lapar bukanlah satu-satunya sebab bayi menangis. Selain dari lapar, bayi akan menangis bila menghadapi keadaan-keadaan seperti penat, kembung perut, tidak selesa, perlu sendawa dan beberapa sebab lagi.

Jika lah kita ni faham sebab-sebab bayi menangis, tidak akan timbul masalah bayi tersebut menangis berpanjangan kerana apabila kehendak bayi itu dipenuhi, sudah pasti dia akan berhenti menangis.

Sebenarnya Ibu-ibu perlu tahu ini ::

  • Ketahuilah bahawa  tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak, tetapi ia adalah satu bentuk komunikasi oleh bayi bagi menyampaikan keinginan mereka.

Kenapa bayi menangis dan macam mana rentak tangisan mereka ::

1. Lapar-tangisan pendek dan bernada rendah
  • Kelaparan adalah sebab utama bayi menangis. Bagi bayi yang fully breastfeed eloklah diberi susu sekerap yang mungkin agar mereka kenyang sentiasa. tangisan ini selalunya pendek saja dan disertai dengan isyarat seperti menghisap jari.
2. Sakit - Merengek
  • Kalau dah diberi susu bayi masih menangis.. cuba check keadaan bayi anda samaada dia sihat ataupun tidak, jika ingin mengetahui keadaan suhu badannya hendaklah merasa di bahagian perut dan bukannya suhu di bahagian kaki ataupun tangan. Jika anak anda sakit tangisannya akan disertai dengan keadaan lesu dan kurang selera makan. segeralah berjumpa doctor.
3. Keselesaan-tangisan lebih kepada berteriak
  • lampinnya... mungkin bayi menangis sebab tidak selesa lampin basah atau kotor. Kalau lampin dalam keadaan ok cuba tengok baju yang dipakai mungkin terlalu ketat dan memberi ketidak selesaan pada mereka atau mungkin juga baju yang dipakai membuatkan mereka merasa panas/sejuk.
  • cuaca juga menyumbang kepada tangisan bayi.Ada sesetengah bayi lebih selesa dengan suasana panas, jika bayi anda dalam kategori ini anda perlulah memakaikannya baju yang sesuai di waktu sejuk. tetapi janganlah sampai berlapis-lapis..ada sesetengah bayi rimas dibalut dengan bedung diwaktu sejuk, jika bayi anda dalam kategori ini memadailah dengan menyelubungkan dia dalam keadaan longgar. Anda boleh mengetahui samaada bayi anda dalam keadaan panas atau sejuk dengan merasa di bahagian perutnya, bukan di bahagian tangan atau kakinya.
  • Jika bayi anda menangis kerana ingin tidur,bawa bayi anda ketempat yang sunyi,tenang dan kurangkan rangsangan secara perlahan.  Ini kerana bayi yang baru lahir sukar untukmengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa. ini boleh menyebabkan mereka berasa gelisah.  jika anda telah ketempat sunyi mereka akan mengekspresikan diri mereka degan menangis sekejap dan akhirnya tidur dengan lena.
4. Hug me please -merengek dan kemudian menangis
  • Jika bayi merasa bosan mereka akan merengek dan kemudiannya menangis  untuk mendapatkan perhatian ibunya.Setengah bayi  sangat perlu dipeluk dan dimanjakan.  Bayi baru lahir memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk. Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika dia didukung berlebihan, tetapi semasa bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini tidak mungkin. Separuh bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa.
5. Perut kembung - tangisan berpanjangan dan kadangkala berjam-jam

  • Bayi yang baru lahir mudah mendapat kembung ini kerana kadangkala pemakanan ibu juga boleh menyebabkan bayi kembung ini kerana bayi menyusu menyerap apa yang ibunya makan.  Seeloknya sendawa kan bayi setiap kali lepas menyusu agar angin tidak terkumpul dalam badan mereka.  InsyaAllah.


Anak saya menangis..apa yang perlu saya lakukan ?

  • Selimutkan bayi anda dan peluk dia dengan rapi agar dia rasa rapat dan selamat seperti di dalam rahim.
  • Memainkan muzik dengan alunan muzik yang lembut agar mereka rasa lebih selesa.
  • membuai-buaikan mereka perlahan samada dengan berjalan-jalan atau duduk di atas kerusi goyang. Bayi akan lebih pantas dan akan tidur sebaik saja mereka di bawa berjalan dalam kereta.  ( ya betul, Aisy pun macam ni pantang naik kereta, pasti tidur).
  • Buat urutan dengan menggosok belakang atau perut bayi anda perlahan boleh membantu memenangkan dia. Jika bayi anda seakan-akan kesakitan disebabkan angin, cuba menyusukan dia dalam posisi tegak dan menepuk dia selepas penyusuan dengan menyandarkan dia di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadangkala terasa reda jika perut mereka digosok, dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya telah mencuba membantu bayi yang cemas. 
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Pertanyaan :: Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut di talian 017-2909107 atau like ISihat di FB atau di blog  http://isihat-keluargabahagia.blogspot.com/   Konsultasi percuma selepas pembelian hanya untuk customer ISihat.  


Penafian :: Kenyataan/Testimoni tentang produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan hendaklah mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

klik like and share jika anda sukakan artikel ini :)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::




0 comments: