Assalammualaikum...
hari ni zura nak share tip-tip untuk berjaya dalam menyediakan susu yang terbaik bagi si comel anda.. harus di ingat susu terbaik ini bukan susu formula ye... susu terbaik ni susu semulajadi dari ibu :) . Jom ibu-ibu lihat apa yang kita patut buat tok pastikan si comel anda dapat susu ibu secara eksklusif :
1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
Kerap kosongkan payudara dengan kerap menyusukan bayi anda. Jika di waktu siang susukan bayi anda sekurang-kurangnya 3jam sekali dan pada waktu malam pula kejutkan bayi anda untuk menyusukan. Bagi ibu-ibu bekerjaya, diwaktu kerja kerap mengepam susu anda sekurang-kurangnya dua jam sekali pada waktu malam pula Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. Jangan tunggu sehingga payudara penuh, yakinlah
bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Semakin kerap payudara dikosongkan semakin banyak susu dihasilkan.
2. Displin, displin dan displin
Ini penting bagi memastikan susu ibu sentiasa ada,pastikan waktu mengepam sentiasa sama setiap hari. Jangan skip atau malas untuk mengepam. Terutamanya hujung minggu adalah waktu sesuai untuk meyimpan stok lebih banyak.
3. Teknik Tendum pumping dan marmet
ketika anak sedang menyusu ibu-ibu digalakkan untuk mengepam payudara sebelah lagi. Ini membolehkan kita menyimpan stok sementara anak menyusu. Buat teknik marmet iaitu teknik pam menggunakan tangan. ia sangat membantu mengalakkan susu lebih banyak dihasilkan. Zura pernah try dengan teknik marmet Zura dapat kumpul 6oz sekali buat. Walaupun ia agak memenatkan sebab pakai tangan tapi teruja dan berbangga kot bila dapat kumpul banyak camtu :)
4. Sentiasa yakin dan positif
memanglah kalau susu banyak kita happy tapi kalau susu sedikit janganlah pulak kita rasa down.. sepatutnya kita kena positif dan yakin yang Allah ingin menguji kita Ibu-ibu perlulah yakin dan pikir positif yang rezeki anak itu dah ditentukan Allah. kalau kita berusaha Allah akan membantu.. ibu-ibu perlulah tenang sewaktu sesi mengepam..kalau boleh fikir pasal anak je...kalau ada gambar dia kita tengok gambar dia sebab langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu dan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Mulakan mengepam susu dengan doa dan iringi sesi mengepam dengan berselawat dan berzikir Ya Mattin.
5. Pastikan minum banyak Air dan pastikan nutrisi harian
yang lengkap
Pastikan pengambilan 3 liter air atau kira-kira 13 cawan air setiap hari dan ibu-ibu digalakkan minum ketika tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Ingat air masak
ye bukan air manis atau berkafein :)
Nutrisi yang lengkap perlulah diambil oleh ibu sehari-harian. Bagi ibu yang rasa sukar untuk mengambil diet harian yang seimbang,pengambilan supplement adalah alternative terbaik. Dan produk Shaklee adalah supplement terbaik untuk ibu-ibu yang masih tercari-cari supplement. Disamping sebagai milk-booster semulajadi ia juga memberi tenaga kepada ibu-ibu,jika ibu sihat susu yang terhasil juga akan sihat.
Bagi ibu-ibu yang kurang gemar mengambil pil boleh mencuba hot produk kami iaitu Energizing Soy Protein[ ESP]
Energizing Soy Protein:
- Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu.
- Pengambilan ESP secara konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat.
- Ibu kekal bertenaga. jika ibu kekal bertenaga InsyaAllah susu yang terhasil juga lebih berkhasiat.
- Membantu menganjalkan bentuk payudara ibu yang menyusukan anaknya.
- Payudara mudah rasa berat jika bayi lambat menyusu atau sesi perahan tertunda. Selain itu payudara tidak mudah lembik atau hilang keanjalan.
Jom tengok testimonial ibu-ibu yang telah mengambil ESP:
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Pertanyaan :: Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut di talian 017-2909107 atau like ISihat di FB atau di blog http://isihat-keluargabahagia.blogspot.com/ Konsultasi percuma selepas pembelian hanya untuk customer ISihat.
Penafian :: Kenyataan/Testimoni tentang produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan hendaklah mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.
klik like and share jika anda sukakan artikel ini :)
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::





0 comments:
Post a Comment